Safety Ride Program 2019 ; Temerloh, Pahang Darul Makmur

Syarikat : Shin-Etsu Polymer (M) Sdn. Bhd
Nama Kelab : Rider Bikers Club [RBC-SPM]
Tarikh Program : 09/November/2019

Untuk program kali ke-4, RBC-SPM telah mengadakan aktiviti Ride Santai ke Temerloh, Pahang pada 9/11/2019. Di Temerloh, Pahang, peserta RBC-SPM menjamu selera Ikan Patin Masak Tempoyak di Go' Bang Maju, Temerloh. Setelah menjamu selera, kesemua peserta RBC-SPM bersantai di dataran Esplanade, Temerloh sebelum meneruskan perjalanan ke Pekan Lanchang dan balik semula ke Shah Alam.


Berkumpul di Shin-Etsu Polymer Plant 1 jam 8:30am dan pelepasan peserta tepat jam 9:00.
Check Point Pertama ;                                                                                                   
[Route : Shin Etsu Polymer - ELITE USJ - DUKE - Highway KARAK - LPT - Exit Temerloh]


Melakukan pemeriksaan untuk Check Point Kedua di Petronas Jln. Karak-Temerloh, Pahang


Para peserta telah selamat tiba ke Destinasi iaitu di Restoran Go' Bang Maju, Temerloh, tepat jam 11:30am untuk menjamu selera






Menjamu selera dan beriadah dikawasan sekitar. Pekan Temerloh yang terletak di negeri Pahang amat terkenal dengan menu utama masakannya iaitu Ikan Patin Masak Tempoyak mahupun goreng. Selamat Menjamu Selera !!! 😋😋

En. Rosna ; anak jati Felda Jenderak Selatan, Temerloh Pahang...😄😄







Beriadah di Dataran Esplanade, Temerloh, Pahang

Dari kiri ialah En. Norazmi orang Kuala Kangsar... berdiri sebelah kanan tu pun anak jati Orang Temerloh ; En. Fadzli, orang Felda Sungai Nerek, Temerloh Pahang...😄😄😄



Kesemua peserta Konvoi telah selamat sampai ke destinasi masing-masing pada jam 5:00 petang, 9/11/2019. Tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang perjalanan pergi dan balik. Untuk program yang akan datang, Rider Bikers Club (RBC - SPM) bercadang untuk membuat program I RIDE SAFE dan Program Amal [Masih Ada Yang Sayang] bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat [akan dimaklumkan kemudian]




Comments

Popular posts from this blog